JellyPages.com

:: sToRy SjEw~

Jumaat, 4 Mei 2012

Fairy Tales??

Assalamualaikum, ya akhi ya ukhti..

sblum ana mulakan diskusi ana nak tanya berapa ramai yg pernah dengar atau tonton cerita Cinderella dan Snow White??


yep, mesti ramai yang kata "Of course la tu tu kan antara bed's time story mase kecik2 dulu"
ana pon tak lari dari dengar atau tonton cerita tu masa kanak-kanak dulu..
tapi bila berganjak pada usia yg boleh dikatakan matang ni, ana terfikir cerita2 macam tu lebih bersifatkan penjajahan minda kepada generasi kanak2 nie tanpa kita sedari..betul tak?
kenapa kita tak terfikir nak cerita kisah PARA ANBIA' kepada adik2 kita (almaklumlah ana tak punya anak lagi..hehe)..dan apa salahnya kita cerita pasal para sahabat kepada anak2 kecil generasi akan datang bukankah itu lebih mendatangkan manfaat..contohnya kisah Saidina Abu Bakar yang sanggup menginfakkan seluruh hartanya pada jalan Allah atau kisah Muhammad al- Fateh yang berjaya menawan kota Konstentinopal..dapat juga kita terapkan elemen jihad fisabilillah dalam jiwa dan minda mereka..

Kalau kita nak kupas keburukan cerita2 Fairy tales ni memang banyak antaranya ialah:
  • kebanyakkan watak yang ditonjolkan semestinya tidak menutup aurat malah kanak2 menggimpikan pakaian seperti watak utama.
  • cerita fairy tales ni juga banyak melibatkan magic sehinggakan kanak2 terpengaruh bahawa adanya fairy godmother yang tah ape2 tah tu, akan datang untuk tolong watak bukannya mengajar kanak2 ni tentang kebergantungan kita hanya pada Allah..
  • lebih parah lagi apabila cerita sebegini mengajar kanak2 bahawa sumpahan itu hanya dipulihkan oleh seorang prince charming dengan hanya satu kucupan, (eww,geli apabila mendengarnya)..kan tak elok memaparkan sesuatu yang ditegah agama..
so, pilihan di tangan kita..jgn lah sampai anak2 itupun dijajah mindanya..


fikir2 kanlah ye sahabat ana semua..

0 ulasan: